Jika anda
melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of
Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika
Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.
Seqvoyah di Perpustakaan Kongres
Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku Cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).
Cara
berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku
cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.
Ibnu Wati
Bercakap tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah
salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang
asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan
kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti
aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.
Yang menariknya
adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip
dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat Cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.
Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee
(Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam
suku Anasazi, Apache, Arawak,Makah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu,
dan Zuni.
Selain itu,
beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang
Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami,
Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi.
Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.
Secara
umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai
alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera.
Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan
adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.
Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In
the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of
prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".
Bukankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.
Sejarah
hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang.
Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih
jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan
jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas
dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih
dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.
Gadis Zuni - 1903
Para ahli
geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan
perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al
Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab
Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn
Battuta (meninggal tahun 1369).
Menurut catatan
ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash
Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di
Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam
bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and
Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan
Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed
Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi
Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya
sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai
barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju
daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis
buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan
para pedagang ke Afrika dan Asia.
Dr. Youssef
Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman
III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang
Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol
menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik.
Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa
barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing
pada masa dulu.
Beliau juga
menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa
pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang
pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan
pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik
dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).
Ibn Farrukh
mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat
sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn
Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.
Pelayaran melintasi
Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh
Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak
dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef
(1286-1307) raja keenam dalam dinastiMarinid. Kapalnya mendarat di pulau
Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan
perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.
Sultan-sultan dari
kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah
melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin
Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan
eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika
kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan
pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut
banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.
Sultan yang
tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan
Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan
Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi
Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi.
Sultan Abu
Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan
menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi
ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan
di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan
dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.
Peta Piri Re'isi |
Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta aslinya |
Kisah Columbus Menemui Benua Amerika
Berbalik kepada
cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang
Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah
berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari
Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan
Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan
memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga
dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.
Columbus juga
mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan
Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit
dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid
telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi
bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.
Dan fakta
yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh
Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon.
Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan
dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN
BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Martin Alonso Pinzon |
Vicente Yanex Pinzon |
Kenapa hanya
Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumpai benua Amerika?
Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000
orang Yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi
mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua
Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada
kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.
Pelayaran Columbus
ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan
legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak
menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini
disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.
Fakta-fakta
diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang
penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi
yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropa
menjejakkan kaki di benua Amerika.
Laksamana Zheng He (Cheng Ho)
Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho
di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua
Amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum
Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.
Cheng Ho Map |
Para peserta
seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London
beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan.
Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah
memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa
orang yang pertama menjumpai benua Amerika.
Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He.
Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi
kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang
yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.
Menurut Menzies, Zheng He
'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun.
Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies
menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan
ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua
Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.
Menzies melakukan
kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno,
bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden
seperti melalui program software Starry Night.
Dari bukti-bukti
yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta
mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He
sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia
lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan,
pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada
warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta
menganut agama Islam.
Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.
Yunan
adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah
lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming
menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.
Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia.
Post a Comment - Back to Content